Tanggal 13 September merupakan tarikh keramat buat Black Hanifah atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Chira Khairi.
Majlis pernikahan mereka telah berlangsung meriah di Zebra Square, Kampung Pandan dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.
Artikel berkaitan: Black Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz
Terkini, pasangan ini baru sahaja sempat menikmati bulan madu pertama mereka walaupun telah hampir 4 bulan mendirikan rumahtangga. Apa yang menariknya, lokasi bulan madu pilihan mereka ialah di Kota Mekah.
Black dan isterinya memilih Kota Mekah sebagai destinasi bulan madu pertama mereka
Melalui gambar yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram Black, mereka berdua kini sedang menjalani detik manis bulan madu pertama mereka sambil mengerjakan ibadah Umrah.
Alhamdulillah.. #honeymoon pertama buat kami.. #mekkah doa kami smpai ke #jannah love u nyawa @ciraakhairi insyaallah doakan supaya kami mendapat umrah yg mabrur..
Di ruangan komen, sahabat handai dan para peminat penyanyi bintang realiti ini tidak putus mendoakan kesejahteraan Black dan isteri di sana.