Baru-baru ini, seorang pengarah dari Kemboja , Sothea Ines telah berjaya merangkul gelaran juara bagi Tropfest South East Asia (Tropfest SEA) yang telah diadakan di Esplanade, Pulau Pinang. Disaksikan lebih 4,000 penonton, Sothea Ines membawa pulang wang berjumlah US$10,000 dan 5 hari trip ke Los Angeles yang ditaja oleh Motion Picture Association (MPA).
Sementara itu, naib juara pula dimiliki oleh Polen Ly dengan filem pendek berjudul ‘Duetto’. Mananakala, Malaysia mampu berbangga menduduki tangga ke-3 menerusi filem pendek ‘The last Flight’ arahan Ezequial Paolinelli.
Antara babak dalam filem pendek ‘Rice’
‘Rice’ merupakan sebuah karya yang menceritakan keadaan di sebuah kem kanak-kanak semasa zaman regim ‘Khmer Rouge’ yang mengisahkan tentang 5 orang anak yatim yang mengutip sisa beras setiap hari untuk mengelakkan kebuluran.Filem pendek berdurasi 7 minit ini menggunakan warna monokrom dan tidak menggunakan dialog langsung.
Tropfest SEA yang disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan malaysia ini telah menyaksikan persaingan sengit daripada 12 finalis yang turut bertanding bagi merebut anugerah tersebut.
Lima orang panel juri bagi Tropfest SEA adalah pemenang anugerah pengarah Oscar,Adam Elliot, pengarah filem ‘Legally Blonde’, Robert Luketic, pengarah terkemuka Singapura, Glen Goei, pelakon wanita Malaysia, Sharifah Amani dan pengarah festival filem antarabangsa Hong Kong, Roger Garcia.
Apakata kita tonton top 3 filem pendek yang memenangi anugerah berprestij ini