Kematian mengejut Paul Walker dalam sebuah nahas jalanraya pada tahun lalu telah menggemparkan seluruh industri hiburan Hollywood. Namun, sudah pasti, impak pemergian pelakon kacak ini lebih dirasai oleh ahli keluarga terdekat mendiang.
Terkini, menerusi laporan portal TMZ, Meadow Rain Walker yang merupakan anak tunggal kepada mendiang pelakon filem ‘Too Fast Too Furious’ itu disahkan bakal mewarisi harta bapanya yang berjumlah kira-kira RM83 Juta.
Foto mendiang dan anaknya, Meadow Walker Rain
Di dalam wasiat yang bertarikh pada 15 Ogos 2001, Paul Walker turut memberi hak penjagaan anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun itu kepada ibunya, Cheryl. Selain itu, ayah mendiang, Paul Sr pula telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan wasiat tersebut.
Sebelum ini, Meadow pernah tinggal bersama ibunya, Rabecca Soteros di Hawai namun telah berpindah ke California sejak tiga tahun lalu untuk menetap bersama mendiang.