Sudah pasti pengalaman semasa bergelar ibu mengandung akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap wanita. Begitu juga dengan pelakon genit, Liyana Jasmay yang jelas kelihatan seronok dan tidak sabar untuk melahirkan anak sulungnya ini.
Artikel Berkaitan:
Liyana ketika ditemubual di sidang media pelancaran single ‘Bangun’ semalam bagaimanapun masih mahu merahsiakan jantina sebenar anaknya.
Namun, pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa ahli keluarganya memanggil bayi tersebut dengan nama manja, ‘Sofi’.
“Saya saja nak buat kejutan pasal jantina bayi ini. Kakak saya pun sedang mengandung, jadi kami akan buat majlis kenduri doa selamat bersama-sama pada 5 April ini.
Tujuannya untuk doakan keselamatan kami dan juga bayi semasa bersalin. Jadi masa itu baru saya mahu umumkan jantina bayi saya.”
Liyana turut menambah bahawa kandungannya yang sudah pun mencecah usia 27 minggu itu telah menyebabkan berat badannya meningkat sebanyak 8 kilogram.
“Dua minggu lepas berat saya dah jadi 51 kilogram. Tapi, sekarang ini saya tak tahu lah sebab nafsu makan saya boleh tahan. Doktor pun ada beri nasihat yang saya boleh tambah berat badan sebanyak 12 – 15 kilogram sahaja.
Selain itu, doktor sarankan saya buat senaman yoga supaya mudahkan proses bersalin dan dapat belajar teknik breathing yang betul.”
Berat badan Liyana sudah meningkat sebanyak 8 kilogram
Ditanya mengenai persiapan barangan bayi, Liyana mengatakan bahawa kebanyakan barangan tersebut dibeli menerusi butik barangan bayi online antarabangsa seperti ‘Mothercare’ dan ‘Medela’.
“Barang bayi dah lebih dari cukup. Cuma almari dan stroller belum ambil lagi. Saya lebih suka beli online sebab ada banyak pilihan dan harga jauh lagi murah dekat sana.
Mula-mula terkejut juga bila tahu pakaian bayi boleh jadi semahal pakaian emaknya. Tapi saya rasa seronok sebab sekarang ni hanya membeli-belah barang bayi. Takdelah membazir.”
Liyana yang merancang untuk bersalin di hospital Prince Court ini juga berkongsi cerita mengenai hormonnya yang tidak stabil semenjak bergelar ibu mengandung.
“Saya mengalami masalah jerawat yg melampau. Hormon saya sangat teruk sampai sekarang. Saya tak boleh makan ubat jerawat yang ada bahan kimia sebab takut kesannya kepada bayi.
Jadi, bila gunakan bahan organik, kesan dia kuranglah. Tapi saya taklah merungut. Lepas bersalin mesti pulih balik.”
Selain itu, Liyana turut merancang untuk membuat satu lagu khas untuk bayinya apabila sudah mencecah usia 4 atau 5 tahun kelak.
Dalam pada itu, Liyana yang ketika ini sedang berehat sebentar daripada bidang lakonan memberitahu bahawa dia kini baru sahaja selesai membuat rakaman sebuah lagu tema berjudul ‘Ride’.
Apakata kita lihat sebentar koleksi foto Liyana Jasmay yang comel ini!