Siapa sangka dari hanya berniaga nasi lemak di tepi jalan, wanita ini akhirnya membuka cawangan sehingga ke Doha, Qatar. Apa yang menariknya, dia berjaya buktikan bahawa berniaga juga mampu menaik taraf hidup, tak semestinya perlu jadi CEO syarikat. Betul tak? Memang terbaik!
Kisah inspirasi ini patut dicontohi oleh ramai anak muda yang ingin berjaya dalam hidup. Kejayaan tidak datang dengan bergolek. Apa yang penting teruskan berusaha!
Nak nangis tengok balik gambar ini
Menerusi tweet ini, wanita ini kongsi beberapa keping foto awal-awal perniagaannya dulu. Ramai yang bangga dengan kejayaan yang diperolehi. Dalam masa kurang 2 tahun, boleh berjaya macam ini. Tapi bukan semudah tu..
Bermula pada tahun 2017
Menggunakan nama kedai sebagai geng cik mak, dia memulakan operasi perniagaan di Setia Alam pada tahun 2017. Kemudian melebarkan sayap ke beberapa kawasan dengan menggunakan foodtruck. Selain itu dia turut menggunakan perkhidmatan lain untuk delivery seperti bungkusit.
Food truck bergerak
Perniagaannya terus berkembang sehingga ke beberapa lokasi seperti Taman Melati, Segambut dan Shah Alam. Bukan itu sahaja, gengcikmak mula mendapat liputan dari beberapa media.
Mendapat liputan luas media
https://www.instagram.com/p/Bucb9izhHec/
https://www.instagram.com/p/BuchxVWBdWb/
https://www.instagram.com/p/BucfEVVB4tm/
https://www.instagram.com/p/Bucb_PJBBU7/
Namun, pada hujung tahun 2018, gengcikmak terpaksa menghentikan perniagaannya atas urusan tidak dapat dielakkan. Dia mula berhijrah ke Dota, Qatar selama 3 bulan. Dari situ gengcikmak buktikan berkat kesabaran mereka, akhirnya gengcikmak mula beroperasi di Qatar. Bukan senang nak berjaya kalau tanpa usaha.
Terpaksa berhenti berniaga
Ramai dah mula sokong
Siap ada nak sponsor untuk 3D layout
Dah mula ubah suai
Alhamdulillah meeting with my partner dah habis. Tengoklah video ni ? pic.twitter.com/rMpCNH4ZJd
— Perempuan Sihir (@OwToTheZie) June 25, 2019
Pelan untuk dapur
Menurutnya lagi, kini proses ubah suai sedang dijalankan di Doha, Qatar sebelum perniagaan bermula. Namun apa yang membuatkan dirinya terharu, sudah ramai penduduk Malaysia di sana sudah mula mengenalinya mereka. Memang terbaik!
Ramai tumpang gembira
Sumber : Kak Ojie