berita

[VIDEO] Takut Kena Tahan Roadblock, Lelaki Kemalangan Selepas Lawan Arus Sejauh 1.4km

November 12th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial tular satu video tindakan seorang pemandu Perodua Axia, yang bertindak berani melawan arus di sebuah jalan raya. Video tersebut telah dirakam oleh seorang awam, sebelum kereta tersebut bertembung dengan dua buah kenderaan yang lain.

Kemalangan tersebut berlaku di kilometer 355.2 Lebuhraya PLUS dari Slim River menghala ke Sungkai.

Lawan arus

Menerusi laporan Bernamapemandu tersebut bertindak melawan arus bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai. Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam empat petang semalam. Dipercayai pemandu itu, dalam perjalanan pulang bagi menyambut perayaan Deepavali.

T. Yugeswaran, 34, yang memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat SJR polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 6.08 petang semalam.

Rentetan itu, sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali

Tidak sempat mengelak

Foto: Mohd Redzuan Abd Manap

Tidak berakhir di situ, sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu Perodua Axia itu telah ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu Axia tersebut juga didapati baru sahaja selesai membuat ujian swab Covid-19 di Klang, namun masih belum menerima sebarang keputusan.

Sumber: Bernama Mohd Redzuan Abd Manap

SKIP THIS AD ×