
Penerbit terkenal, Datuk A Aida mempunyai perancangan untuk menawarkan peluang berlakon setiap bulan selama setahun kepada pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid.
Artikel Berkaitan: A Aida Tak Galak Anak Jadi Pelakon Sepenuh Masa – ‘Saya Mahu Dia Uruskan Syarikat’
Ringankan beban

A Aida, 55, bagaimanapun berkata, tawaran itu bergantung kepada prestasi aktor tersebut dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang dijadualkan memulakan penggambaran pada 15 Ogos ini.
Saya mahu lihat dulu kemampuan Dharma dalam telefilem Kisah Cinta Kau & Aku yang akan mula penggambaran 15 Ogos nanti.
Kalau lakonannya bagus, insya-Allah saya akan bagi dia ‘job’ setiap bulan. Setahun saya akan jaga dia.
A Aida berkata demikikan ketika ditemui pada sidang media telefilem Bos Nak Cuti yang disiarkan di Salam HD 113.
Dalam pada itu, A Aida turut menjawab tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia sengaja menunggang isu Dharma demi meraih perhatian netizen.
Tegas ibu tiga anak itu, niatnya ikhlas untuk membantu, bukan mencipta publisiti murahan.
Orang cakap saya nak publisiti? Tunggang isu Dharma? Saya rasa diri saya sudah cukup dikenali. Saya tak perlu pun publisiti. Biarlah mulut netizen nak cakap apa. Saya sudah biasa dikecam.
Jika kata-kata yang diberikan baik, Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Tapi kepada mulut longkang, menjawablah dengan Tuhan. Tapi saya maafkan apa saja perbuatan mereka.
Tambah A Aida, walaupun tawaran kerja yang diberikan tidak besar, namun dia berharap dapat membantu Dharma menampung kehidupan seharian.
Bayaran akan saya berikan mengikut babak. Kalau banyak babak, banyaklah bayarannya. Watak sampingan pun boleh dapat dalam RM2,000 ke RM3,000. Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban Dharma.
Malah, A Aida turut membuka ruang kepada anak Dharma, Muhammad Al Syafiq yang kini melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di ASWARA untuk berlakon di bawah penerbitannya.
Kalau ada rezeki, mungkin saya beri peluang juga pada Syafiq. Dengar cerita dia minat berlakon, nanti saya tengok macam mana.








