Penerbit sensasi, Datuk A. aida mempersoalkan tindakan pelakon, Amelia Henderson yang masih berkeras tidak mahu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kes melanggar kontrak sebuah drama.
Artikel Berkaitan: Wanita Kena Kecam Keluar Idea ‘Crowdfund’, Nak Bantu Amelia Henderson Bayar RM200K
Artikel Berkaitan: Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k
Artikel Berkaitan: ‘Saya Maafkan Amelia Tapi, Tidak Akan Bekerjasama Dengannya Lagi’ – A.Aida
Bila nak buat permohonan maaf?
Sebelum ini, Mahkamah menetapkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap syarikat A. Aida Productions Sdn Bhd pada 7 April lalu.
Susulan itu, Amelia memfailkan rayuan dan menurut peguam, Ashmadi Othman mewakili A. Aida mereka sedang berada dalam proses ‘review’ untuk menetapkan tarikh rayuan aktres itu.
Menerusi temu bual bersama pihak Melodi, A. Aida atau nama lengkapnya, Zaidah Awang berkata pihak Amelia seakan tidak menghormati keputusan mahkamah.
Beliau juga meluahkan rasa pelik terhadap Amelia yang seakan sukar untuk membuat permohonan maaf dan menurunkan video.
Sebenarnya kalau nak kira, saya frust dan kecewa juga sebab sampai sekarang saya masih menunggu bila pihak belah sana hendak membuat permohonan maaf dan take down video memfitnah saya dan syarikat. Bagi saya pihak disana tu seperti tidak menghormati keputusan pihak mahkamah yang telah memihak kepada saya.
Sampai sekarang saya masih menunggu dan sabar… jadi saya pun dah berbincang dengan peguam saya, tunggu sajalah. Tapi yang saya peliknya kenapa susah sangat ke nak buat permohonan maaf? Saya sometimes tak boleh brain.
Saya difahamkan oleh peguam saya dia tiba-tiba nak buat rayuan takkan lah permohonan maaf pun nak buat rayuan Ya Allah Ya Tuhanku tak tahulah fikir sendirilah. Saya yakin saya berada di pihak yang benar dan segala keputusan saya serahkan kepada pihak mahkamah.
Sumber: Melodi