Sejak akhir-akhir ini, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta sering menjadi target netizen di media sosial. Ada sahaja perkara yang tak senang di mata sama ada mengenai Che Ta mahupun keluarga.
Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Aaisyah Dhia Rana Bersolek, Ini Respon Che Ta – ‘Mak Dia Ratu Malaysia Dulu ..’
Anak tak sekolah ka?
Terbaru, Che Ta menjawab pertanyaan warganet yang mempersoalkan mengenai persekolahan anak tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana.
Menurut aktres berumur 49 tahun, ada segelintir yang hairan apabila kerap kali melihat Aaisyah di lokasi kerja ibunya bukan sekolah.
Ada yang tanya anak kami tak sekolah ka?? Adoi hampa pun, anak kami tengah summer break (musim panas), bulan lapan nanti dia dah mula sekolah balik hampa.
Dia sekolah international, depa (mereka) kalau bagi cuti lama. Walaupun Malaysia hari-hari musim panas.
Jadi bila ada masa terluang si kecik (Aaisyah) ni akan ikut kami, kalau kami sibuk penggambaran dan pak dia takda penggambaran atau kerja, dia jaga atau Aaisyah kan ada dua orang abang. Abang abang dia kadang-kadang jaga.
Kelas mengaji
Tidak membiarkan cuti terbuang begitu sahaja, pemilik nama Rozita Abu Bakar menyediakan tenaga pendidik di rumah untuk mengajar Aaisyah mengaji al-Quran.
Jangan gatai kata anak kami tak pergi sekolah na, dia cuti.. Siap ada cikgu ngaji yang datang rumah, mengaji pun bersiap tau.
Terdahulu, Che Ta dan aktor Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Sumber: Instagram @rozitachewan1