Di Instagram Story, pelakon, Rozita Che Wan memuat naik tangkap layar perbualannya dengan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perli, Dakwa Che Ta Cetak RM100 Guna Kertas Putih Demi Konten? – ‘Bersih & Suci, Baru Hantar Dobi Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Ta Jual Baju ‘Preloved’ & Kaftan Dengan Zain Saidin, Live TikTok Cecah Lebih 20 Ribu ‘Viewers’
Sedih ramai mengata
Menerusi tangkap layar tersebut, Aaisyah sempat bertanya kepada ibunya sama ada sudah membayar wang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau belum. Berikutan daripada itu, Che Ta berkata, sudah.
Tambah Che Ta, dia berasa hairan mengapa anak perempuannya itu bertanya soalan sedemikian. Jelas Aaisyah pula, dia berasa sedih apabila ramai orang mengata ibunya.
Aaisyah sedih tengok ramai orang mengata mummy. I love you mommy.
Kerisauan seorang anak
Terdahulu, nama Che Ta menjadi topik hangat dalam media sosial apabila dia didakwa berhutang dengan MARA berjumlah RM1 juta.
Kemudian, kediaman Che Ta di Kota Damansara telah diserbu oleh pihak MARA bagi menilai barangan di dalam rumah terbabit untuk tujuan penyitaan.
Sumber: Rozita Che Wan