Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM).
Mengangkat martabat artis
Menurut Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal bin Hashmi berkata, anugerah ini diberikan sebagai penghargaan terhadap kejayaan dan sumbangan berjaya mengembangkan bakat mereka bukan sahaja dalam industri hiburan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.
Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia juga bagi mengangkat martabat artis untuk terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Kami harap dengan anugerah ini dapat dijadikan jambatan MAS untuk mereka terus membina kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sekurang-kurangnya bila tidak berlakon atau menyanyi seseorang.
Beliau juga akui faham akan situasi di mana ramai yang masih terkesan susulan Covid-19 yang melanda negara, beberapa tahun lepas.
Selain untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, kami juga ingin membantu mereka untuk keluar dari kemelut ekonomi dengan bantuan kerajaan Madani sekarang ini.
Kami juga turut membantu usahawan muda untuk terus berjaya dengan pelbagai bantuan yang boleh kami tawarkan. Galakan dan inspirasi ini merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir.
Kami juga menyasarkan untuk melahirkan 1000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui pelbagai kaedah dan platform yang telah dirancang.
Maya Karin, Halim Othman antara penerima anugerah
Selain itu, DPDDM turut berharap agar anugerah ini dapat menjadi jambatan kejayaan bagi para artis untuk meneruskan karier mereka dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan sekiranya mereka tidak lagi aktif dalam bidang lakonan atau nyanyian.
DPDDM sebelum ini telah menganjurkan Anugerah Usahawan Madani 2024, yang memberi penghormatan kepada 60 tokoh keusahawanan negara dari pelbagai industri.
Antara penerima anugerah tersebut termasuk selebriti terkenal seperti Maya Karin, Datuk Ifa Raziah, Datuk N.D. Lala, Poey Sting, Keena Mentor, Halim Othman, Datuk Ayu Putih, Nazeera Sardi, Datuk Malek Reduan, Datin Ira Ghani, dan ramai lagi.
Menariknya, pada majlis kali ini, Maya Karin yang sebelum ini telah menerima anugerah turut akan hadir sebagai tetamu kehormat bagi meraikan kejayaan penerima baru, termasuk Aaron Aziz.
Anugerah Usahawan Madani 2024
Dalam pada itu Nor Hasnal turut berkongsi perancangan masa depan DPDDM yang akan bekerjasama dengan syarikat Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk melaksanakan beberapa projek.
Ada dua Projek Usahawan Vending Machines DPDDM akan melibatkan 1000 usahawan, termasuk ahli-ahli dan golongan B40 untuk menyertai projek ini. Pembiayaan akan disediakan oleh DPDDM bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan golongan B40.
Bagi Projek Usahawan Agro Tani, DPDDM akan membuka peluang kepada ahli-ahli untuk menyertai latihan bersama INSKEN bagi mengusahakan tanaman Halia Bentong melalui kaedah kontrak pertanian. Sebagai permulaan kawasan pertanian seluas 100 hektar, dikenali sebagai Halia City akan diwujudkan.
Tapak ini akan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) terkini bagi meningkatkan hasil tanaman dan memberi pulangan lumayan kepada para peserta. Projek-projek ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan dan membangunkan ekonomi usahawan tempatan.
Selain itu, DPDDM bekerjasama dengan Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk Projek Usahawan Vending Machines bagi membantu golongan B40 serta Projek Usahawan Agro Tani yang melibatkan latihan bersama INSKEN untuk mengusahakan tanaman Halia Bentong di kawasan seluas 100 hektar menggunakan teknologi IoT.
Tambahan lagi, DPDDM turut bekerjasama dengan RESKILLS bagi menyediakan sistem pembelajaran dalam talian percuma kepada pelajar, sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan madani.