Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menyatakan rasa kurang senang terhadap segelintir pempengaruh atau artis yang menggunakan platform media sosial untuk bercakap mengenai kehidupan orang lain.
Artikel Berkaitan: Peguam Asiah Perjelas Tiada Fitnah Dalam Parodi Imran Bard, Pertikai Tindakan Ellie Suriaty Gesa Ibu Bapa Minta Maaf – ‘Dia Bukan Kanak-Kanak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ellie Suriaty Berang Nama Dipermainkan Imran Bard Dalam Video Parodi – ‘Saya Mahu Ibu Bapa Dia Datang Minta Maaf’
Terpaling kreatif
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon asal Singapura itu mendakwa perkara itu menjadi semakin parah apabila sesetengah mereka hanya tahu berlagak kreatif dalam membuat content.
Sekarang ramai sangat content creator atau artist yang suka cakap pasal orang. Jaga tepi kain sendiri sudahlah.
Konon terpaling kreatif dan terpaling bijak.
Sementara itu, Aaron juga sebulat suara bersetuju bahawa pempengaruh yang lain patut mencontohi Khairul Aming kerana membuat content yang bermanfaat.
Komen netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang dikatakan pelakon berusia 49 tahun itu.
Jelas mereka, para pempengaruh sepatutnya membuat content yang mendidik dan bukannya membahan orang lain untuk meraih perhatian.
Sumber: Instagram