berita

Isteri Tak Sihat, Aaron Aziz Terpaksa Tolak Tawaran HBO

October 31st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pelakon Ombak Rindu, Datuk Aaron Aziz terpaksa menolak tawaran berlakon projek filem untuk saluran HBO pada saat akhir. Beliau menolak tawaran tersebut kerana isterinya, Diyana Halik berdepan dengan masalah kesihatan.

Tidak menyesal

Menerusi laporan Harian Metro, beliau tidak menyesal menolak projek filem itu kerana lebih mengutamakan keluarga dalam segala hal.

Saya akui tawaran berlakon dalam projek filem untuk saluran HBO itu adalah peluang yang sangat besar sekali gus platform terbaik karier seni untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

Malah, isteri sendiri berasa bersalah bila dapat tahu saya terpaksa melepaskan peluang keemasan yang sudah depan mata itu.

Berterus terang dengan pihak produksi

Tambahnya, sebelum melepaskan tawaran. beliau terpaksa berterus terang dengan penerbit filem itu mengenai masalah kesihatan isterinya.

Bayangkan, saya sudah berada di lokasi penggambaran untuk memulakan sesi latihan untuk watak dalam filem itu tapi sayangnya ia tidak dapat diteruskan.

Mujur penerbit filem itu cukup memahami situasi dialami dan professional ketika kami berbincang mengenai masalah keluarga dihadapi.

Nafi tinggalkan dunia lakonan

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau mahu meninggalkan dunia lakonan.

Saya masih meminati bidang seni dan tidak akan berhenti berlakon seperti yang tersebar itu.

Cuma saya tidak lagi terkejar-kejar untuk merebut semua tawaran yang datang seperti pada pembabitan awal dalam bidang lakonan dulu.

Saya tidak kisah jika orang anggap diri ini sudah tidak popular lagi kerana pernah berada dalam kelompok artis popular sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×