berita

‘Abah..Abah Kena Kuat’ – Menangis Video Call Bapa, Hasrat Terakhir Arwah Minta Anak Ajar Mengucap Tertunai

August 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi pilu yang dilalui keluarga ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa bapa tercinta akan ‘ditidurkan’ selepas dijangkiti wabak maut, Covid-19.

‘Abah kena kuat’

Kisah sayu itu dikongsikan oleh Nurul Shamimi menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok. Menurut wanita ini., kali terakhir dia berjumpa ayahnya adalah pada tahun lepas. Baru-baru ini, bapanya telah dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin merosot.

Abah kena kuat, kami nak peluk cium tangan abah minta maaf. Allah bagi kami peluang itu.

Berikutan daripada itu, pihak hospital telah membuat panggilan video buat kali terakhir kepada ahli keluarga sebelum pesakit ‘ditidurkan’. Lebih meruntun hati apabila kedengaran wanita ini menangis dan meminta supaya bapanya kuat. Namun Allah SWT lebih menyayanginya, bapa tercinta telah dijemput Ilahi.

Doktor tunaikan hasrat abah nak anak mengucap untuk dia walaupun dari jauh. Ya Allah, aku tak kuat. Perit kehilangan insan yang kita sayang tanpa boleh mencium buat kali terakhir.

Sementara itu, menerusi video lain, Nurul Shamimi ada berkongsi semula perbualannya di WhatsApp bersama ayah tercinta. Allahyarham sempat bercerita kepada anak perempuannya itu tentang keadaannya di hospital. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan yang ditanggung ahli keluarga Allahyarham namun mereka redha dengan ketentuan yang Maha Esa.

Sebaknya…

@nurulshamimi_93Allah Tiada kekuatan utk menulis?tlg doakan abah saya##covidfighters? bunyi asal – Nurul shamimi

@nurulshamimi_93Al-Fatihah abah semoga abah tenang disana..InsyaAllah syurga utk abah..InsyaAllah syahid utk abah??##covidfigther ##allahsayang ##orangbaik? bunyi asal – Nurul shamimi

Kenangan WhatsApp bersama Allahyarham

@nurulshamimi_93Peritnya pemergian abah tanpa disisi?covid jahatt sgt ampa..##covidfigther ##ayahku? bunyi asal – Nurul shamimi

Sumber: Nurul Shamimi

SKIP THIS AD ×