berita

‘Abang Ajak Boleh Hantar Gambar Kemaluan Tak?’

June 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Susah juga kalau jadi selebriti terkenal pada masa kini. Mana taknya, kadang-kadang peminat yang tergila-gilakan mereka mahukan bermacam-macam permintaan yang tidak masuk akal dan memeningkan kepala. Terbaru, pelawak terkenal iaitu Ajak Shiro mendedahkan bahawa ada individu yang berani meminta foto kemaluannya di media sosial.

Hantar gambar kemaluan boleh?

Menerusi Instagram Ajak, dia berkongsi satu direct message (Dm) yang dihantar oleh seorang individu kepada dirinya. Individu tersebut meminta Ajak untuk menghantar gambar kemaluannya. Pada masa yang sama, individu tersebut seolah-olah ingin meminta gambar tersebut sekali lagi selepas pelawak tersebut tidak membalas Dm yang dihantar. Di posting tersebut, Ajak turut menulis kapsyen di mana individu tersebut ‘sopan sahaja dia minta, malu kita’.

Lain macam ni

Rata-rata rakan artis terhibur ketika melihat posting yang dimuat naik Ajak. Antara komen lucu yang ditinggalkan oleh rakan artis ialah cara individu tersebut meminta tolong seperti mahukan ucapan birthday.

Sumber: Ajak Shiro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×