Abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Muhammad Nidza Irfan Bin Mokhtar hadir di uji bakat Calpis Soda One In A Million, semalam.
Artikel Berkaitan: Pesara Guru, Azman Beranikan Diri Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Usia 61 Tahun – ‘Jika Menang RM1 Juta, Saya Nak Bawa Keluarga Ke Tanah Suci’
Artikel Berkaitan: Sakit Gout Bukan Penghalang Rikostria Datang Uji Bakat OIAM – ‘Saya Dah Bersiap Dari Pukul 7 Pagi’
Mahu sambung impian arwah adik
Nidza Irfan yang berusia 32 tahun dan berasal dari Puncak Alam, Selangor ini berkata, dia mahu menyambung impian arwah adiknya iaitu Nidza Afham yang meninggal dunia beberapa bulan lalu. Menurut Irfan, dia mengetahui tentang uji bakat program ini daripada adiknya, Aufa Hanie.
Saya dapat tahu daripada adik saya dan dia menggalakkan saya untuk mencuba. Dia memang sokong dan yakin saya boleh berjaya.
Anak sulung daripada tujuh adik beradik ini turut memberitahu bahawa ibunya sendiri yang memberi keyakinan agar menyambung legasi arwah Afham.
Saya lakukan semua ini kerana mak dan Nidza, untuk meneruskan impian mereka, ujarnya dengan penuh emosi. Saya memang minat menyanyi sejak kecil, dan mereka (adik-beradik) terinspirasi daripada saya. Sejak tingkatan 1, saya banyak main gitar sendiri, dan kawan-kawan pun sering main bersama saya.
Selain bekerja sebagai pengarah perniagaan, Irfan mengakui bahawa kesibukan kerjayanya membataskan masa untuk menyanyi.
Beberapa bulan lalu, saya ada niat untuk pergi ke kelas vokal, tapi tak sempat cari peluang. Kalau ada peluang, saya akan cuba dan pastikan saya cari jalan untuk merealisasikan impian ini.
Jika diberi peluang atau menang, saya akan bawakan personaliti saya sendiri dan gunakan peluang ini untuk membantu keluarga saya dalam industri hiburan. Selain itu, saya juga akan berusaha memberi sumbangan kepada masyarakat dan mengembangkan perniagaan saya.
Sebab saya dah terasa kehilangan, saya berusaha mencipta memori baharu bersama keluarga. Tak sempat nak cipta memori dengan arwah adik. Arwah pernah cakap, ‘Masuklah, abang,’ dan hari ini, saya dah buat, ujar Nidza Irfan, sambil mengenang kata-kata terakhir arwah adiknya yang kini menjadi inspirasi dalam setiap langkahnya.
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million! Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Kuala Lumpur! Cepat-cepat hadir ke lokasi yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.