berita

Abang Bomba Tengah ‘Picnic’ Tepi Pantai Selamatkan Mangsa Lemas

May 30th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Foto: Sinar Harian

Seorang pegawai bomba yang sedang beriadah bersama keluarga pada hujung minggu dikejutkan dengan teriakan orang ramai yang meminta pertolongan setelah salah seorang pengunjung pantai berkenaan lemas.

Beri bantuan pernafasan

Gambar hiasan

Memetik laporan Sinar Harian, Pegawai Bomba Kanan, Abdul Baharin Bisoi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran itu sedang mandi manda di laut sebelum terdengar jeritan memakluman ada mangsa lemas pada jam 4.50 petang.

Ketika mandi di laut, saya terdengar jeritan, saya pandang ke kiri dan kanan tetapi tiada sesiapa pun namun tidak lama saya lihat ada beberapa individu berada di tengah laut dan saya segera berenang ke arah mereka iaitu sejauh kira-kira 30 meter dari pantai.

Saya lihat salah seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sudah tidak sedarkan diri dan saya bertindak membawanya ke arah pantai. Dalam keadaan kepenatan, saya cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

Abdul Baharin yang di luar waktu penugasan itu sedang bercuti membawa keluarganya beriadah di pantai berkenaan.

Menyedari kejadian itu, dia terus melakukan CPR beberapa kali iaitu kira-kira tiga minit sebelum mangsa berjaya bernafas semula.

Keadaan anggota badan mangsa ketika itu sudah mula kebiruan tetapi saya tidak berputus asa memberi CPR sebelum dia bernafas semula dan mula memuntahkan air.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×