berita

Abang Cekik Adik Sehingga Maut, Ibu Nampak Dari CCTV

July 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja berusia 14 tahun didakwa mencekik adik lelakinya yang berusia sembilan tahun di Kampung Bukit Piatu, Melaka pada Rabu jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Bertindak Cekik & Tanam Bayi Berusia Lima Hari

Artikel Berkaitan: Remaja Mati Dicekik Bekas Kekasih, Mayat Disetubuhi Sebelum Disumbat Dalam Plastik & Dibuang Bawah Jambatan

Jiran jadi saksi

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, saksi kejadian yang juga jiran, Qhurun Ain Johani menjelaskan ibu mangsa ada menghubunginya dengan memaklumkan bahawa remaja itu sedang mencekik adiknya.

Ibu kanak-kanak itu menyedari kejadian tersebut setelah melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menerusi telefon bimbit.

Difahamkan, ketika insiden berlaku mangsa tidak ke sekolah kerana mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya.

Dalam pada itu, sejak beberapa minggu lalu anak sulung dari empat beradik itu dipercayai sedang mengalami masalah kesihatan.

Saya bergegas ke rumah mereka dan terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kebiruan.

Abangnya pula seperti tidak sedar apa yang sedang dilakukan dan masih mencekik adiknya hingga beberapa jiran lain datang membantu.

Saksi berusia 31 tahun itu bagaimanapun masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana menurutnya remaja tersebut berperwatakan baik dan selalu bermain bersama-sama anak-anak jiran.

Tambahnya lagi, remaja itu dilihat berubah selepas pulang dari tempat belajarnya iaitu di sekolah agama. Dia juga mendakwa baru-baru ini remaja berkenaan pernah mengalami trauma seolah-olah dirasuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan insiden berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti keluarga.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×