Seorang gadis berusia 14 tahun dipercayai dibunuh oleh rakan sekelas yang juga merupakan bekas teman lelakinya dalam satu kejadian pada 15 Mei lalu di Indonesia.
Mayat dibungkus, dibuang
Pada 13 Mei lalu, mangsa iaitu Aura Enjeli atau Rara telah meminta kebenaran kepada ibunya untuk pergi ke pasar malam bersama rakannya. Namun selepas itu, mangsa tidak pulang ke rumah sehinggalah mayat mangsa ditemui dua hari kemudiannya iaitu pada 15 Mei.
Rupa-rupanya mangsa sebenarnya telah dibunuh oleh rakan sekelasnya iaitu Abid Wibisono dan rakannya, AD di kawasan sawah. Mangsa telah dicekik oleh suspek sehingga tidak bernyawa. Kedua-dua suspek kemudian membawa mayat Rara ke rumah AD menggunakan motosikal milik mangsa.
Suspek setubuhi mayat
Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, AD mengambil kesempatan dengan menyetubuhi mangsa sebanyak dua kali. Usai melepaskan nafsunya, AD dan Abid bertindak membungkus mayat mangsa kononnya mahu menyembunyikan pembunuhan tersebut.
Mereka kemudian membuang bungkusan mayat tersebut ke dalam sungai di bawah jambatan landasan kereta api. Penemuan mayat mangsa akhirnya membawa kepada penahanan kedua-dua suspek. Ternyata mereka berdua sebenarnya banyak terlibat dengan kes curi kenderaan di kampung tersebut.