berita

Abang Dipercayai Hilang Lepas Keluar Rumah, 5 Tahun Kemudian Adik Temui ‘Sesuatu’ Mengejutkan Dalam Bilik!

August 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Misteri kehilangan seorang lelaki warga Jepun akhirnya terungkai selepas mayatnya ditemui adik perempuan ketika mengemas dan membersihkan bilik abangnya itu. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa sudah pun meninggal sejak 5 tahun yang lalu.

Hilang sejak dari tahun 2015 lagi

Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Star, mangsa yang dikenali dengan nama Sumio Suenaga sebelum ini dipercayai tinggal bersama adik lelaki dan adik perempuannya dalam satu rumah yang terletak di Kasugai, Aichi Prefecture. Namun pada tahun 2015, adik-beradiknya langsung tidak melihat kelibat Sumio dan dia.

Menurut sumber, mereka ada melihat Sumio keluar meninggalkan rumah dan tidak pulang. Tetapi adik beradiknya langsung tidak melaporkan kepada pihak polis kerana mereka menganggap pada suatu hari nanti abangnya yang berusia 66 tahun itu akan pulang ke pangkuan mereka. Harapan mereka meleset dan setahun kemudian iaitu pada 2016 mereka telah melaporkan kehilangan Sumio Suenaga.

Jumpa rangka manusia

Namun pada minggu lalu iaitu pada 15 Ogos 2020, adik perempuan Sumia yang kini berusia 69 tahun ingin menggunakan bilik abangnya itu. Oleh hal yang demikian, bilik tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan apabila dia melangkah masuk bilik tersebut dan melihat satu rangka manusia yang tidak berpakaian.

Menurut wanita ini, keadaan bilik abangnya itu seperti langsung tidak berusik. Cemas dengan situasi itu, dia kemudian melaporkan kepada pihak polis mengenai penemuan tersebut. Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian, dan setibanya di sana, mereka mengesahkan itu adalah rangka manusia yang dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun begitu, pihak mereka masih belum mengenalpasti jantina dan umur rangka tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, mereka percaya bahawa itu adalah Sumio. Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Daily Star, Japan Today

SKIP THIS AD ×