berita

‘Abang Jangan Lupa Belikan Daging Masak Merah, Saya Mengidamlah Bang’

September 24th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Sedih kami baca perkongsian lelaki ini bersama pemandu van ambulan. Di dalam perbualannya itu, pemandu ambulan terjumpa satu mayat lelaki ketika dalam perjalanan membawa pesakit.

Namun, paling menghibakan apabila mereka terbaca satu mesej yang dipercayai dari isteri mangsa. Sedihnya..

Jumpa mayat tepi jalan

(sekadar gambar hiasan)

Minum2 dengan abang driver ambulan..sedih dengar kisah mereka semalam..katanya…masa mereka bawak pesakit..mereka terjumpa mayat tepi jalan…lelaki, lalu mreka, berhenti turun dengan misi dan MA, periksa sah dah meninggal..Tiba-tiba telefon dari mangsa berbunyi di dalam poket seluar..

Mereka tengok ada whatsapp masuk, dari isterinya..’Bang jangan lupa belikan daging masak merah saya ye bang, saya mengidam la bang. Allah sebak rasa hati mereka, menyangkakan suami nya hanya baca sahaja tak balas.

Suara meraung dalam telefon

(sekadar gambar hiasan)

Isterinya telefon tapi driver ambulan Misi dan MA yang ada serba salah nak jawab, polis dan sampai, bila polis dan sampai, mereka serah pada polis dan polis jawap panggilan isterinya. Waktu itulah dengar suara meraung dalam telefon kedengaran.Mereka yang dengar sebak dan menintiskan air mata, sudahlah kempunan ditambah pula dengan kehilangan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sedih mengenangkan nasib si isteri, pada yang membaca ini, hargailah pasangan anda…Benar untuk cari pengganti semua abc tapi untuk cari yang serasi tak semudah yang kita mimpi.

Netizen sebak

Sumber : Tok Qiqi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×