Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pemergian usahawan dan pempengaruh media sosial, Muhd Irfan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sifu Lentik.
Pemergian Sifu Lentik itu bukan sahaja mengejutkan para pengikutnya di TikTok malah turut mengejutkan rakan-rakannya yang lain selepas Allahyarham difahamkan telah membuat keputusan menjauhkan dirinya kerana mahu merahsiakan penyakit yang dihadapinya.
Artikel Berkaitan: Influencer, Pengasas Kosmetik Sifu Lentik Meninggal Dunia
Kembali pada fitrah sebelum ‘pergi’
Terbaru, abang kepada Sifu Lentik tampil memuat naik beberapa gambar memaparkan keadaan pempengaruh itu sewaktu bertarung nyawa melawan penyakitnya.
Dapat dilihat keadaan Sifu yang tidak bermaya serta lemah dan lesu sewaktu mendapatkan rawatan di hospital.
Terima kasih yang mendoakan insan yang baik ini, cemburu sangat dengan pemergianmu, adikku.
Berehatlah adikku. Ramai yang mendoakanmu. Al-fatihah.
Tak henti bersedekah
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sekadar info, pempengaruh media sosial, Sifu Lentik yang sering membuat siaran langsung di platform media sosial untuk memasarkan produknya dilaporkan meninggal dunia pada 14 Jun yang lalu akibat kanser.
Video
@abg_sifu ASSALAMUALAIKUM ..trma kasih yg.mndoakan insan yg baik ini..cemburu sgt dgn pmergianmu..adikku..#sifu #fyp #viral #viralvideo #tiktokmalaysia#fypdongggggggg ? Allah Yaa Rabb
Sumber: TikTok