berita

Abang Pukul Bini Ke Tu?

July 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang pemandu kereta jenis Proton Saga yang dipercayai memukul seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan berjaya dirakam pengguna jalan raya.

Pukul dalam kereta?

Menerusi video dikongsi seorang pengguna di TikTok, pemandu kereta tersebut berulang kali menumbuk atau menampar penumpang yang berada di sebelahnya.

Menurut pemilik video, penumpang kenderaan terbabit merupakan seorang wanita namun tidak dipastikan mereka berdua merupakan suami isteri. Bagi mengelakkan dari dipukul beberapa kali, penumpang kereta tersebut cuba mempertahankan diri menggunakan tangan.

Abang, sekarang 8 pagi dan awak memilih untuk memukul isteri awak.

Video tersebut yang dikongsi semalam, berjaya mendapat hampir 400k tontonan dan pelbagai respon daripada warganet.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap sikap pemandu berkenaan dan meminta supaya mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Video penuh:

@abahmj Main sep sep ke tu? ????? #fyp #fyp??viral #respectwomen ? original sound – VIRTUE

Respon netizen

Sumber: Abahmj

SKIP THIS AD ×