Abang kepada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, iaitu Zain Sulaiman mengakui rasa amat sedih melihat keadaan terkini Yasin yang terlalu kurus.
Artikel Berkaitan: Aku Sakit Mental, Perlukan Rawatan Kanabis – Yasin Sulaiman Kongsi Lirik Lagu Baru Dari Penjara
Artikel Berkaitan: Yasin Sulaiman Lega Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati – Saya Bersyukur Dengan Keputusan Ini
Sebak lihat adik
Zain Sulaiman, 50, berkongsi berita itu ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam (Khamis). Bukan itu sahaja, Zain turut dilihat gagal menahan sebak sewaktu berkongsi keadaan tersebut di samping menyuarakan kebimbangan mengenai kesihatan adiknya yang dilihat semakin menyusut.
Rasa sedih itu memang ada. Tetapi itu lumrah hidup. Dan kita akan terus berada bersama Yasin dan berdoa insya Allah. Cuma saya amat risau tentang kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi. Tinggal tulang.
Dalam masa sama, lelaki berusia 50 tahun ini juga mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana menolak representasi yang dikemukakan Yasin. Namun, dia dan keluarga akan terus berusaha dan sentiasa berada bersama penyanyi dan komposer itu.
Fizikal merunsingkan
Sementara itu, peguam yang mewakili Yasin, Ariff Azami Hussein memaklumkan Yasin berada dalam keadaan baik, malah sentiasa bersemangat berdasarkan lawatan terakhir mereka ke sana. Tambah Ariff, mereka akan berusaha melakukan yang terbaik buat Yasin.
Lawatan terakhir kami di penjara pun, Yasin memang seperti biasa bersemangat, redha dengan ujian tetapi kekhuatiran kita, keadaan kesihatan beliau yang nampak sedikit merunsingkan terutamanya susut berat badan yang agak ketara. Contohnya bila kita peluk dia, salam dia pun kita terasa tulang.
Itu kerunsingan kita. Sebab itu kita sangat-sangat berikhtiar dan berusaha agar satu keputusan yang cepat dapat diberikan kepada Yasin. Sebab semakin hari kita jumpa, setiap kali kita jumpa semakin susut.
Walaupun beliau tetap orang yang sama, orang yang bersemangat itu, yang sentiasa positif itu tetapi keadaan fizikal merunsingkan. Pihak keluarga lagilah bertambah runsing. Jadi kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Yasin, beliau kekal sihat, kekal bersemangat dan diberikan peluang kedua dalam hidup insya-Allah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Yasin Sulaiman