
Pempengaruh media sosial yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular melibatkan keluarga penyanyi Aliff Aziz dan aktres Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah Sengaja ‘Ditutup’ Pada Potret Keluarga Aliff Aziz?
‘Marketing’

Syed Abdullah atau mesra disapa Space Dollah berkata, tindakan menutup wajah Bella dalam potret keluarga yang dipamerkan didakwa bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya satu bentuk ‘pemasaran’.
Ini sudah dirancang dan cara pemasaran yang bagus. Kalau difikirkan, semua orang bercakap tentang perkara ini dan berkongsi gambar tersebut. Dalam dunia hari ini, perhatian itu sendiri adalah satu bentuk pemasaran.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir netizen yang melabel ibu kepada Aliff sebagai toksik, Syed Abdullah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen.
Saya tidak mengenali beliau secara peribadi, jadi saya tidak mahu membuat sebarang andaian. Tetapi saya kenal Bella dan keluarga kami menyayanginya.
Terdahulu, nama ibu kepada Aliff iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad menjadi bualan hangat selepas satu video tular memaparkan wajah Bella didakwa ditutup dalam gambar keluarga yang digantung di kediaman mereka di Singapura.
Video tersebut memaparkan Hafizah bersama Aliff dan suaminya, Aziz Sapdan sedang membuat ulasan mengenai kuih raya, namun perhatian netizen lebih terarah kepada potret berkenaan.
Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi, khususnya dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkannya sebagai kurang wajar.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sabtu lalu, Bella telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis tertutup.
Sumber: Threads







