
Seorang pengguna media sosial menegur busana yang digayakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika menghadiri program Talk To My Manager 2 (TTMM2), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz Tumpang Gembira Pertunangan Syed Saddiq & Bella Astillah – ‘Saya Doa Mereka Terus Kekal Bahagia’
Artikel Berkaitan: ‘Cincin Ini Hanyalah Permulaan Kepada Segalanya’ – Bella Astillah Kongsi Momen Pertunangan Bersama Syed Saddiq
Baju kurang sesuai

Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut berpendapat gaun labuh berwarna kuning cerah yang dipakai Bella kurang sesuai digayakan olehnya.
Menurut individu itu, dia sebelum ini pernah beberapa kali menegur soal pemakaian Bella, namun mendakwa dirinya pernah ditegur semula oleh pihak tunang Bella iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sudah banyak kali post pasal pemakaian dia. Tapi kali ini tak nak cakap apa-apa. Takut PA Syed Saddiq sound aku lagi.
Harap dia berubah lah. Dulu orang tegur ada juga mohon maaf walaupun lepas itu buat lagi. Sekarang sejak bertunang, dia dah tak peduli.
Hantaran itu kemudian mendapat perhatian abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang tampil mempertahankan Bella dan meminta orang ramai agar tidak terlalu mencampuri urusan peribadi orang lain.
Meh aku sound, leave her alone.
Terdahulu, Bella hadir sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelapan TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)

![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)