Pempengaruh Abang Tesla meluahkan rasa kesal apabila berita kelahiran bayi sulung hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi tular dalam media sosial.
Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Sudah Hilang Sabar Dengan Perangai Madu? – ‘Aku Tak Mandul, Kau Ganggu Proses IVF & Menghina Aku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
‘Dituduh bolot harta’
Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 30, berkata, dia sudah berusaha sehabis baik menyembunyikan berita tersebut demi menjaga hati dan perasaan beberapa pihak.
Bini saya (isteri kedua) dekat hospital, saya tak tahu macam mana nak buat lagi.
Saya dah sorokkan tentang kelahiran anak saya, tetapi orang luar yang update dekat sosial media.
Saya dah cuba menjaga segala sudut, saya harap jangan buat fitnah yang bukan-bukan.
Saya dah tutup mulut ketat-ketat dah untuk jaga hati masing-masing.
Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Abang Tesla turut memuat naik tangkapan skrin layar berita kelahiran bayinya yang tersebar di media sosial yang dimuat naik seorang individu.
Tahniah Ika (Nursyafiqa) dan Khal (Tesla) telah menimang cahaya mata putera yang pertama sebagai pewaris Khal Legacy (perniagaan Abang Tesla).
Semoga dengan kehadiran Khal Junior akan mengekalkan ikatan perkahwinan anda hingga jannah.
Tambah Abang Tesla, disebabkan perkongsian tersebut, isteri keduanya telah dituduh ingin membolot harta miliknya.
Disebabkan posting orang ini, isteri kedua saya dituduh nak bolot harta.
Saya tak tahu kepana dia perlu menaip macam ini untuk ucapan. Isteri saya sendiri tiada kongsikan apa-apa.
Terdahulu, isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya.
Sudah lama berdiam diri dan menahan sabar, Nurmajdina menerusi hantaran di Instagram Story berkata, segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak dihargai.
Sumber: Instagram