Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi tips diet yang diamalkan sehingga berjaya menurunkan berat badan.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kongsi Video Badan Dah Kurus, Norman Hakim Puji – ‘Pergh Letup!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Bersenam Dengan Danish, Azam Turun Lagi 10KG – ‘Inspektor Aliza In The Making’
Nasi dua sudu
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia menahan diri daripada mengambil makanan dalam kuatiti yang banyak untuk tempoh tiga bulan.
Namun, apabila sudah memperoleh bentuk badan yang ideal, Abby mula mengambil nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Tiga bulan awal hari itu saya kuat tak makan langsung. Sekarang makan juga. Sekarang makan dua sudu nasi, lauk lebih.
Abby berkongsi tips tersebut menerusi sesi soal jawab (Q&A) bersama pengikutnya di Instagram Story.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Abby memberitahu dia ingin menurunkan lagi berat badannya sekitar 60 kilogram.
Mula sedar masa raya tahun 2024 ternaik penimbang dekat kampung, berat 78.8 kg.
Balik dari kampung terus insaf, setelah tiga bulan berlalu berjaya turun berbelas kg dah.
Nak turun lagi sampai 60kg, doakan saya.
Terdahulu, beberapa perkongsian di Instagram Abby mencuri perhatian netizen apabila ramai yang terkejut dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.
Sumber: Instagram