Pelakon Abby Abadi seakan hilang kata-kata selepas mendapat tahu tentang berita kematian cucu dan bayi kepada anak perempuannya, Marissa Dania.
Artikel berkaitan: Aslam Sahkan Berita Kematian Anak – ‘Saya Mohon Agar Semua Tidak Buat Spekulasi Atau Keluarkan Hukum Sewenangnya’
Artikel berkaitan: Disangka Sudah Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Jawapan Umisya – ‘Jadi Manusia Yang Ada Ihsan, Hati Perut’
Jiwa yang bersedih
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby memuat naik video berjalan dengan menggunakan audio lagu nyanyian Ghea Indrawari yang berjudul Jiwa Yang Bersedih.
Tak terluah dengan kata-kata.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai kesedihan yang dilalui Abby kerana ibarat dirinya ‘dibelakangkan’.
Benda dah berlaku dua, tiga hari yang lepas tapi Abby baru tahu. Bayangkan perasaan seorang ibu.
Sumpah sedih dan terkilan rasa kalau anak saya sendiri belakangkan ibu macam ni.
Norman pun sampainya hati tak beritahu Abby.
Terdahulu, Abby memaklumkan dia tidak tahu menahu soal berita Marissa sudah bersalin bayi pra mata ketika kandungannya baru berusia enam bulan.
Lebih menyedihkan lagi, bayi Marissa yang dilahirkan tersebut kemudiannya meninggal dunia.
Sekadar info, Marissa dan suaminya, Aslam melangsungkan pernikahan tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Pada 16 Mac lalu, Abby mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand.
Sumber: Instagram