Pelakon Abby Abadi berharap pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura masih mampu mempertahankan rumah tangga mereka biarpun sudah di ambang perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fattah Akan Menyatakan Pendirian Untuk Perceraian Secara Baik Pada 7 Oktober’ – Peguam
Pertahankan…
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, akui sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca laporan berita mengenai kes perceraian pasangan tersebut.
Adik-adikku Fattah Amin dan Fazura, tolonglah. Kalau rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit di luar sana. Kecil sangat ujian ini, pertahankanlah.
Saya dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca berita korang. Saya sedih sangat. Jangan lah.
Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. Perbaikilah, jangan berpisah, jangan.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik bersama sepotong video Fattah bersama Fazura di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, Abby berkata, biarpun hubungan dengan pasangan selebriti itu sekadar rakan industri, namun perasaannya berasa sayu melihat ujian menimpa mereka.
Bukan sahabat pun, hanya kenal sebab teman artis. Tapi dia punya sayu hati Allah sahaja yang tahu.
Nampak serasi sangat, kalau ada kesilapan di mana-mana, mengalahlah. Kita manusia, tiada yang sempurna.
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram