berita

Abby Abadi Tak Berani Nafi Ustaz Bakal Jodoh Baru

September 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-10 at 11.18.38 AM

Ingat lagi tak beberapa hari lalu kami ada update mengenai gosip terbaru yang mendakwa bahawa Abby Abadi kini sudah menemui cinta baru yang merupakan seorang ustaz?

Ha.. Sebenarnya gosip itu pun timbul daripada sekeping foto yang dimuat naik oleh Abby sendiri juga. Malah, caption foto tersebut pun sangat ‘sesuatu’.

Artikel Berkaitan: Kalau Ustaz Ini Bakal Jodoh Baru Abby Abadi, Memang Handsome Orangnya!

Namun, semalam ibu tunggal itu akhirnya membuat penjelasan mengenai isu tersebut dan menegaskan bahawa mereka sekeluarga sudah lama mengenali ustaz tersebut.

Fotor0910111529

#CommercialBreak Ps: Ustaz kami…. 4tahun dah kami kenal yer… Bukan BF baru Mama ye.. Kami baik… baik sangat2! Kategori apa, samar2 ????? Jangan bersangka2… berdosa. Doakan yg baik2 sahaja ye…..Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang ALQURAN, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Bukan Anak3 jer.. tp Mama pun dr awal dulu…. dari zaman lagha, dah mula mengaji dgn Ustaz ni Nak mula balik dgn org lain maluuu sbb banyak sangat kelemahan, Ustaz ni cukup sabar….. layannn baik je kerenah kami… jadi kami teruskan mcm biasa… yg pasti kami bersama terus mencari… mencari….. & terus mencari ilmu agama DIA… Buleh tak berhenti menjadi juri awam? Sejujurnya Sy manusia biasa.. tak mampu nk puaskan hati semua org ye.. Suka.. tengok, tak suka abaikan saja. Mengata.. mencaci maki… sy buat magic k.. hehe…..

Nah… ini merupakan penjelasan yang dilakukan oleh Abby Abadi dalam 2 keping foto yang berasingan. Rasanya kenyataan yang diberikan oleh Abby ini sangatlah clear kan?

Mendapat respon yang positif daripada para peminat, mereka bagaimanapun amat gembira sekiranya Abby dan ustaz tersebut dapat bersatu.

Tapi, ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Mana tahu mungkin satu hari nanti mereka mungkin bergelar suami isteri pula kan?

Screen Shot 2014-09-10 at 11.15.50 AM

Bagaimanapun, status yang dimuatnaik oleh Abby dalam foto ini turut menarik hati kami kerana dia ada menyentuh soal tuntuan dengan bekas suaminya. Katanya;

Satu lagi… #Terobekkk Bukti lagi yg Ustaz itu bukan BF baru Mama sbb dah lama kenal…. hehe.. Anak2 dari dulu lagi pun dah buat Ustaz ni mcm keluarga sendiri … so wat lek wat peace je k hehe… Janganlah senang sangat dipengaruhi cerita2 yg direka yer… Tak berani Sy nk cakap tak berjodoh dgn dia sbb kalau tiba2 sampai jodoh nnti, di tuduh menipu pula… tp sejujurnyaaaaaa… buat masa ini ngakkkk ada perancangaannn apa2.. Ngakkk ada ye… hehe.. doakan yg baik2 saja… Urusan tuntutan dgn bekas suami pun tak settle lagi…. tempoh sabar dah habis. Sekarang tempoh bertindak pulak hehe… Nak tahu apa dia? Sabar… sikit hari nnti akan terbongkar ttg tuntutan itu k. Biar jd pengajaran pd dia yg hidup ini tak semudah yg disangkakan…. kalau ada kawan2 dia disini, tolong maklumkan pd dia yg Sy kirim salam ye.

Screen-Shot-2014-06-11-at-8.57.23-PM

Kami rasa ini adalah kes mengenai bekas suaminya yang ini, huhu. Siapa setuju?

Mesti ramai yang nak tahu tuntutan apa yang dilakukan oleh Abby terhadap bekas suaminya kan? Ha.. sama-sama kita tunggu nanti okay?

Kredit foto :  Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×