berita

‘Abg Rehat Ye Dekat Sana’ – Baru 4 Hari Diijabkabul Suami Maut Kemalangan.. Sebak!

February 13th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 8 Februari lalu, impian pengantin baru ini hancur apabila suami, Fikri Ghazali maut dalam kemalangan jalan raya. Motosikal yang ditunggang arwah dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Shah Alam.

Isteri, Nor Shahirah Mohd Fuad, di Facebook meluahkan rasa pilu dengan kehilangan cinta pertamanya itu.

Alfatihah buat suamiku

Semoga sayanggg tenang disana, Al-fatihah buat suamiku Syafiq Aiman Syafiq Aiman telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi tadi akibat kemalangan jalan raya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Otw bawa jenazah kebumi di Kelantan.

Abg tunggu syg ye

Al-fatihah
Dear sayangg. 7/2/2019 akad nikah. Dan 11/2/2019 suamiku Syafiq Aiman Syafiq Aiman telah kembali ke rahmatullah dan Alhamdulillah selamat dikebumikan di kampungnya di Tumpat Kelantan pada pukul 5 pagi 12/2/2019.. Abg abg rehat ye kat sana, Allah lebih sayanggkan abg.. Abg tunggu syg yee. Syg doakan abg digolongan orang-orang yang beriman. Ya Allah. Kuatkan hambamu ni ya Allah.

Pengantin empat hari

Minta jasa baik kalian. Sedekah kan al-fatihah untuk suami saya yee.

Akan kenang sehingga ke akhir hayat

Tidak sempat mengadakan majlis resepsi pada April, Nor Shahirah redha dengan pemergian arwah suami.

Majlis resepsi kami sepatutnya berlangsung pada April ini di rumah saya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kami juga merancang untuk meraikan bulan madu dalam masa yang sama mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Pasir Akar, Terengganu selepas Aidilfitri ini.

Namun kini semuanya hanya tinggal rancangan sahaja.

Tambahnya lagi, arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan ketika hari kejadian. Malah, dia sempat menyediakan sarapan pagi sebelum suami bertolak ke tempat kerja.

Kira-kira sejam selepas dia keluar, saya menerima panggilan daripada rakan arwah memberitahu suami terbabit kemalangan dan dibawa ke Hospital Shah Alam.

Saya akan cuba datang seminggu atau sebulan sekali melawat keluarga arwah kerana mereka juga keluarga saya dan paling penting mahu ziarah kubur arwah suami yang akan saya kenang hingga ke akhir hayat kerana dialah cinta pertama saya.

Sebak menceritakan kenangan bersama suami, dia memberitahu akan sentiasa pulang melawat keluarga arwah meskipun suami telah tiada.

Sumber : Harian Metro , Iera Fuad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×