Dalam kita tidak sedar, kita sering terlepas pandang perihal kebajikan ibu bapa setelah berumahtangga kerana terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya.
Seperti kisah yang dikongsi wanita ini, secara tidak sengaja terpandang kasut lusuh ayahnya yang diselaputi lumpur. Sangat buruk dan tidak selesa lagi. Walaupun dipaksa memilih kasut yang selesa, ayahnya tetap memilih kasut yang paling murah kerana tidak mahu membebankan anak-anak. Tiba-tiba sebak teringat ayah di kampung.
Terpandang kasut abah, lusuh, penuh selaput lumpur
(Sekadar gambar hiasan)
Dua hari lepas, mak abah datang rumah. Terpandang kasut abah. Lusuh. Penuh selaput lumpur. Tiba-tiba hati sedih. Sebagai anak, terlepas pandang pemakaian mak abah. Kebajikan mak abah. Apa guna kerja kuat kalau diri sendiri je dapat pakai kasut mahal. Berjalan selesa.
Semalam. Bawak mak abah pergi Alamanda. Bagi abah pilih apa juga kasut dia suka. Soal harga tak yah risau. Abah cakap banyak kali. Tak payah. Abah banyak kasut. Tapi kasut yang macam mana? Akhirnya abah mengalah. Tengok satu kasut pusing belakang. Letak. Dekat 20 kasut.Tak yah la nom. Mahal. Katanya.
Paksa jugak abah pilih. Tengok abah pegang lama 1 kasut. Abah pusing belakang. Tengok depan, pusing belakang, tengok depan, pusing belakang. Aku ambik. Aku tengok harganya. Rm250++. Tiba-tiba abah ambik. Letak balik. Tak nak lah. Tak lawa. Kata abah.
Ambikla bah… Takpe… Abah nak tengok lain.
Last-last abah pilih satu kasut. Ha… Yang ni murah sikit. Kata abah
Abis la duit ko. Ko ada duit ke?
(Sekadar gambar hiasan)
Itulah… Kita suruh pilih mana yang dia suka. Tapi tetap pilih yang paling murah.
Dah abis bayar abah cakap. Abis la duit ko. Ko ade duit ke?
Hukhukhuk. Abah tanya lagi. Sedih.
Dah besar. Dah kawen. Mak abah masih risaukan anak. Walaupun diri sendiri tak mewah tapi tetap utamakan anak-anak. Walaupun dah tua tak mampu bekerja masih tanya anak ada duit tak.
Terima kasih mak abah. Sentiasa jadi yang terbaik untuk saya dan adik beradik. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Allah.
Semalam belikan mak abah. Harini sale meningkat. Betul. Sedekah pada mak abah tak rugi. Malah melimpah ruah rezeki dengan doa dan restu mereka.
Nota kaki : gamba kasut ihsan google. Lupa nak snap gamba kasut abah.
Betulla seperti dikata orang kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Berbaktilah kepada ayah dan ibu selagi masih hidup. Percayalah, rezeki melimpah ruah dengan doa dan restu dari mereka.
sumber: Suria Azmi