Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein dilihat mengalirkan air mata tatkala dinobatkan sebagai pemenang kategori Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35.
Tak tahan sebak
Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom kelihatan terkejut. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini turut menangis sewaktu berjalan menaiki pentas.
Fara Fauzana selaku penyampai anugerah dilihat cuba menenangkan Kak Lina ketika berada di atas pentas. Menurut Kak Lina, 20 tahun dia menunggu hari yang sangat bermakna ini.
20 tahun lebih saya tunggu anugerah ini. Terima kasih mama, abah, suami dan anak-anak. Tidak lupa pengundi dan peminat saya. Buat pihak pengurusan saya dan TV3 terima kasih juga.
Di akhir ucapan, Kak Lina sempat berseloroh dan menyatakan dia nombor ‘syatu’.
Video
@ohbulanofficial Min pulak sedih tengok Kak Lina terharu . 35 tahun Kak Lina tunggu saat ini ??? Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian #ABPBH35 di TV3 dan di aplikasi Tonton jam 9 malam ini! #ohbulan #ABPBH35 #anugerah #bintang #popular #artismalaysia #fyp #trending #tonton #ekspesilegasiseni