Umum mengetahui, pelawak Bell Ngasri berjaya bolos Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) menerusi kategori Pelakon Komedi Popular.
Artikel Berkaitan: Anna Jobling Ungguli Percalonan Top 5 ABPBH35! Meerqeen, Amir Ahnaf & Mierul Aiman ‘Follow’ Rapat
Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Kak Lina Pom Pom Idam Trofi Kemenangan -‘Yang Penting Peminat Nombor Satu’
Difahamkan, ini merupakan pencalonan pertama Bell atau nama lengkapnya Nasrizal Ngasri dalam anugerah berprestij ini sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni.
Susulan itu, ia bukan sahaja membuatkan aktor berusia 43 tahun itu merasa teruja, malah para peminat termasuk rakan selebriti iaitu Achey turut memberikan sokongan kepadanya.
‘Layak menang’
Achey menerusi satu hantaran di Instagram berpendapat Bell layak untuk memenangi kategori tersebut.
Malah, Achey berkata dia meminati Bell sejak aktor itu membintangi drama popular Cili Padi.
Dia tengah viral sekarang, kita kasi like. Sebenarnya dia memang layak menang, dari cerita cili kering (cili padi) lagi aku minat dia dah.
Sebelum itu, Achey dilihat ada meninggalkan komen di ruangan balas pada sebuah pekongsian yang dimuat naik Bell dengan mengatakan aktor itu harus menang.
Selain Achey, turut terlihat beberapa rakan selebriti lain seperti Azza Elite, Ieda Moin, Faezah Elai dan ramai lagi yang turut meninggalkan komen dan berkata mereka sudah mengundi Bell dalam kategori berkenaan.
Bagi kategori Artis Komedi Popular, Bell bersaing dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.
Undian kini masih lagi dibuka dan peminat boleh mengundi melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.
Sumber: Instagram