
Pemenang trofi Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37), Haiza Hanafi mengakui tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut.
Artikel Berkaitan: ABPBH37: ‘Saya Dah Balik Hotel Tukar Baju, Suami & Anak Tunggu Di Kedai Makan’ – Ernie Zakri Perjelas Sebab Pakai Blouse & Bertudung Sarung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH 37, Raih 124,448,198 Undian
Tunaikan maifesto

Haiza, 41, berkata, kemenangan itu di luar jangkaannya memandangkan persaingan sengit dalam kategori berkenaan yang menampilkan calon-calon hebat dan berpengalaman.
Kata Haiza, kejayaan itu turut didorong oleh usaha gigih para peminat yang tidak pernah jemu menyokong dan berkempen sepanjang tempoh undian.
Demi Allah, saya benar-benar tidak sangka merangkul trofi ini. Saya fikir bukan saya yang dapat, kerana calon-calon lain juga hebat. Saya langsung tidak terkata.
Tidak sangka juga peminat melakukan kerja mereka, kempen yang saya lakukan bersama peminat membuahkan hasil.
Nak ‘boost’ undi, bukan ada duit sangat. Saya cakap dengan peminat jangan berhabis duit, kerana risau jika tidak menang akan buat mereka rasa kecewa. Kemenangan ini adalah rezeki untuk peminat, keluarga dan team Kool FM.
Dalam pada itu, Haiza turut mengulas mengenai manifesto spontan yang pernah dilontarkan sebelum ini, termasuk janji untuk ‘menumbangkan’ kambing sebagai tanda penghargaan kepada peminat.
Berkenaan mahu tumbang kambing, itu adalah manifesto spontan. Biasalah, ketika berkempen kita akan janji macam-macam.
Nak tumbang lembu atau kambing itu, insya-Allah. Doakan rezeki saya supaya dapat berkumpul dengan peminat dan tunaikan manifesto itu. Orang kata buat ala-ala macam kenduri rakyat.
Terdahulu, Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37 selepas berjaya meraih 124,448,198 undian sekali gus mengetepikan empat calon lain iaitu Wani Kayrie, Emma Maembong, Sweet Qismina dan Tracie Sinidol.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM30,000 beserta trofi.







