berita

AC Mizal & Isteri Hadiahkan Anak Kereta Mercedes-Benz, Netizen Pesan Jaga Ibu Bapa Dengan Baik

May 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengacara terkenal Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida membuat kejutan untuk anak lelaki mereka, Muhammad Reeve Damien yang juga merupakan penyanyi baharu.

Bagi kejutan kereta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emylia Rosnaida (@emyliadac)

Sebagai hadiah ulang tahun kelahiran yang ke-18, AC Mizal dan Emylia membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedez-Benz kepada Damien.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram (IG), Damien seakan tidak percaya ketika melihat kereta mewah berwarna biru itu yang kini menjadi miliknya.

Pada penghujung rakaman tersebut, Emylia sempat menitipkan pesanan kepada anak bujangnya itu untuk belajar bersungguh-sungguh.

Untung empunya badan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan pelbagai reaksi selepas menonton. Ada yang menyifatkan Damien bertuah apabila menerima kereta mewah pada usia muda.

Di samping itu, netizen turut mengingatkan Damien untuk mengenang jasa kedua orang tua dan terus berbakti hingga akhir hayat.

@shieraijoy: Waa alhamdullillah.. Good boy. Nanti jaga mummy daddy ya.

@iamromyirwanshah9977: Fuh Mercedes tu. Hadiah paling berharga. Jaga baik-baik ya. Jangan sakiti kedua orang tua dan jaga mereka.

@fauziahnawi: Alhamdulillah. Rezeki sekeluarga. Semoga rezeki melimpah ruah.

@fanataip: Alhamdulillah rezeki Allah.. Semoga berbakti pada kedua ibu bapa.

Sumber: Instagram @emyliadac

SKIP THIS AD ×