Pelawak Achey meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan sepasang suami isteri yang memberitahu mereka mendirikan rumah tangga tetapi tidak mahukan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Respon Netizen ‘Merajuk’ Tak Layan Diajak Bergambar – ‘Staff Saya Accident, Bukan Saya Datang Hospital Buat Show’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Hak Masuk Campur Urusan Hidayah & Ali, Kami Orang Luar’ – Achey
‘Pewaris hidup’
Berang dengan kenyataan tersebut, Achey berkata anak adalah penyeri dalam hidup selain akan menjadi pewaris keluarga yang akan mendoakan ibu bapanya kelak.
Mak, nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan kenyataan ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup itu adik oi.
Kerjaya awak tak boleh masuk kubur, doa anak yang boleh tembus. Yang suami pun aku kalau depan-depan aku jack saja ini.
Achey berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Bagaimanapun Achey berkata, keputusan untuk memiliki zuriat bergantung kepada hak masing-masing.
Aku bab anak ni memang tak boleh lah. Banyak lagi nak cakap ni, tapi keputusan itu hak korang.
Cuma aku tak suka kenyataan kau racun pemikiran orang lain tu. Kau video kan pula… kau ni karang!
Terdahulu, tular sepotong video yang memperlihatkan pasangan suami isteri memberi pendapat mengenai zuriat.
Kata pasangan tersebut, mereka merancang untuk tidak mahukan zuriat dan berpendapat kehadiran anak dalam rumah tangga disifatkan sebagai satu beban.
Selain Achey, penyanyi Caprice sebelum ini juga ada meluahkan pendapatnya mengenai isu ‘child free’ yang sedang tular di laman sosial.
Menganggap anak-anak sebagai rezeki, Caprice berkata dia menyedari kehidupannya sudah berubah sepenuhnya selepas dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Instagram