Pelawak kumpulan Bocey iaitu Achey telah dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu kerana mengalami benjolan yang menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan.
Artikel Berkaitan: 3 Tahun Berlalu, Fad Bocey Masih Terkesan Pemergian Abam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Achey Minta Maaf Belum Mampu Bagi Zuriat, Pujuk Anak Menangis Selepas Tahu Rawatan IVF Gagal
Menunggu keputusan MRI
Menurut Fad yang juga rakan sekumpulannya berkata Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hmazah kini dimasukkan ke sebuah hospital di Batu Pahat dan sedang menunggu keputusan pemeriksaan.
Fad juga berkongsi bahawa Achey ada merujuk tentang slip disc yang pernah dialaminya sebelum ini. Dia kemudian memaksa Achey untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang akan mengalami perkara yang sama.
Dia sakit belakang dan dia ada pernah bertanya kepada saya kerana saya pernah kena slip disc. Jadi saya minta dia untuk membuat pemeriksaan.
Dia ada sedikit benjolan pada tulang belakangnya tapi Insya-Allah tak serius. Dia sudah buat MRI semalam (Selasa) dan sedang menunggu keputusan.
Dalam pada itu, Fad yang ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara berkata pelawak berusia 36 tahun tersebut masih belum menerima rawatan lanjut.
Rawatan lanjut masih belum diputuskan lagi.
Saya pun masih belum dapat berhubung dengan Achey dan hanya isterinya memaklumkan kepada saya yang dia tak dapat hadir hari ini tapi saya ada dapat WhatsApp daripadanya.
Terdahulu, Achey berkongsi hantaran di Instagram yang memaparkan dia sedang menerima rawatan di hospital.
Sekadar info, Konsert Muzika Lawak Nusantara menggabungkan pelawak-pelawak dari Malaysia iaitu kumpulan Bocey dan Zero bersama tiga pelawak terkenal Indonesia iaitu Sule, Rina Nose dan Azis Gagap yang bakal berlangsung di Stadium Malawati pada 19 Ogos depan.