berita

‘Ada Aktiviti Kunjung Mengunjung’ – KKM Kesan Kes Subkluster Baru Di Rembau

April 8th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 156 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4116 kes. 166 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang. Sementara itu 2 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian Covid-19 seramai 65 orang.

Kes baharu

Sebanyak 76 pesakit sedang dirawat di wad ICU termasuk 45 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes ke 64, seorang wanita 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi. Manakala untuk kes yang ke 65  seorang lelaki warganeregara Pakistan, mempunyai sejarah hadir ke perhimpunan Sri Petaling, Tabligh.

Ada aktiviti kunjung mengunjung

Ada jangkitan baru yang dikesan di Negeri Sembilan hasil jangkitan dari perhimpunan Tabligh. Kes ini mula dikesan apabila 27 orang di kawasan tersebut disahkan positif. Hal ini berpunca apabila kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas, Linggi mengadakan satu mesyuarat yang dipercayai mempunyai seorang ahli dari perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Tambah Datuk Dr Noor Hisham lagi, kes ini sudah merebak kepada 3 generasi jangkitan kerana ada aktiviti kunjung mengunjung dengan alasan melawat orang sakit. Pihak KKM harap semua dapat mendengar arahan PKP ini bagi menjamin keselamatan masing-masing.

Sumber :  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

The following two tabs change content below.