berita

Ada Apa Dengan 7 Lukisan Ernest Zacharevic Di Ipoh?

June 27th, 2014 | by Noraniza
Travelogue

Screen Shot 2014-06-26 at 12.56.24 AM

Setiap kali menjejakkan kaki di bandar raya kecil ini, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati nasi Vanggey.

Namun, saya bukan mahu bercerita soal nasi vanggey sebab rasanya semua sememangnya dah sedia maklum dengan keenakan menu tersebut.

Topik kali ini lebih ‘menggoda’ dan langsung tidak melibatkan kolestrol okay? Ia lebih berseni, bermakna dan abstrak. Apa lagi kalau bukan 7 lukisan karya Ernest Zacharevic. Tapi, apa yang menarik sangat dengan lukisan jalanan tersebut?

Screen Shot 2014-06-26 at 1.18.16 AM

Salah satu mural yang diberi nama sebagai Trishaw

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, suka untuk saya kongsikan kepada anda semua bahawa lukisan mural di Penang juga adalah hasil kerja tangan Ernest tau!

Baiklah. Kembali kepada cerita di Ipoh. Saya juga pada mulanya tertanya-tanya apakah sebenarnya keunikan sentuhan jejaka muda yang berasal dari Lithuania ini.

Hummingbird, Old Uncle With White Coffee, Paper Plane, Girl With Stool and Bird Cage, Kopi-0, Trishaw dan Evolution adalah nama yang diberi untuk kesemua lukisan tersebut, masing-masing membawa mesej yang tersirat.

Screen Shot 2014-06-26 at 1.17.44 AM

Ini pula Evolution. Kreatif kan?

Secara peribadinya, saya menggemari dua buah lukisan iaitu Old Uncle With White Coffee dan Evolution. Bagi saya, kedua-dua lukisan itu tampak begitu lively dan selari dengan budaya kehidupan bandar Ipoh.

Jika anda seseorang individu yang gemarkan lukisan, mungkin anda lebih bijak untuk menilai karya kreatif Ernest. Bagi saya pula, semua lukisan memang cantik dan tafsiran daripada mata saya mungkin sahaja berbeza dengan pakar-pakar lukisan sekalian.

Screen Shot 2014-06-26 at 1.27.47 AM

Lukisan mural kanak-kanak menaiki kapal terbang kertas

Tunggu  apa lagi? Jika anda tiada aktiviti hujung minggu ini, apa kata anda lawati kesemua 7 lukisan Ernest di Ipoh ini. Kalau kurang jelas di mana lokasinya, anda boleh rujuk peta di cafe Old Town White Coffee cawangan Ipoh Padang.

Sebelum itu, jangan lupa ambil foto banyak-banyak dan kongsikan pendapat anda tentang lukisan-lukisan tersebut di sini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×