Pelakon Zahiril Adzim mendedahkan menerima tawaran untuk berlakon dengan produksi Hollywood beberapa tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Dipuji Pandai Jaga Batas Pergaulan, Jep Sepahtu Ibarat Satu Dalam Sejuta – ‘Bukan Takut Tapi Hormat Perasaan Bini’
Babak intim
Bagaimanapun, Zahiril terpaksa menolak peluang itu kerana telah melanggar batas sebagai umat Islam. Kata pemilik nama Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mokhtar, dia dikehendaki untuk melakonkan adegan ranjang di atas katil.
Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.
Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal.
Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu. Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak.
Zahiril berkata demikian ketika tayangan filem Ada Hantu 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, pada Selasa.
Selain Zahiril, filem Ada Hantu 2 turut dibarisi pelakon hebat lain antaranya Hairul Azreen, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua dan Rubini Sambanthan.
Filem arahan Hairul tersebut akan menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 15 September ini.
Ada prinsip
Dalam pada itu, suami kepada aktres Shera Aiyob menegaskan memang tugas pelakon untuk menjayakan watak namun dia masih berpegang dengan prinsip.
Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri.
Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut.
Untuk rekod, Zahiril mendirikan rumah tangga dengan Shera pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki Nadi Anaqi yang kini berusia lapan tahun.
Sumber: Instagram @zahiriladzim