Figura ternama, Nicholas Saputra ternyata masih mempunyai aura tersendiri dan mampu memikat hati peminat tempatan selepas filem ikonik remaja, Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002.
Kendali senjata api
Muncul dalam filem Sayap Sayap Patah bersama aktres Ariel Tatum, Nicholas akui berasa gementar apabila dikehendaki memegang senjata api sebenar bagi menjayakan watak Adji yang merupakan seorang anggota polis.
Cerita Nicholas, 38, dia perlu menghadiri sesi latihan bersama Densus 88 sebelum memasuki set penggambaran.
Ini pertama kali saya memegang senjata api sebenar. Perasaannya sangat gugup dan gementar lebih-lebih lagi kerana terdapat adegan tembak-menembak.
Sebelum berlakon, saya juga sempat mempelajari teknik mengendalikan senjata api dengan betul untuk memantapkan lagi watak Adji.
Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Film Indonesia pada tahun 2005 menerusi filem Gie ditemui ketika tayangan filem Sayap Sayap Patah yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Turut sama hadir adalah Datuk Anas Yusof Sulaiman, Dr Mohd Hazane Yacob dan Puan Roslina Haji Abdul Majid.
Main watak dengan baik
@ohbulanofficial Nicholas akui berasa gementar apabila dikehendaki memegang senjata api sebenar bagi menjayakan watak Adji yang merupakan seorang anggota polis. #ohbulan #fyp #sembangentertainment #viral ? For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nicholas Schubring Saputra menyatakan dia perlu memainkan peranan sebagai anggota polis dengan penuh berwibawa supaya tidak merendah-rendahkan pasukan keselamatan Indonesia.
Saya tidak pernah tahu tentang dunia polis. Jadi saya perlu memainkan wataknya dengan baik.
Selain Nicholas dan Ariel, filem yang diarahkan oleh Rudi Soedjarwo turut dibintangi oleh Iwan K, Nugie Edward Akbar, Poppy Sovia, Ariyo Wahab, Khiva Iskak, Dewi Irawan, Gibran Marten dan ramai lagi.
Filem Sayap Sayap Patah sudah boleh ditonton mulai 18 Ogos di seluruh pawagam Indonesia.