Kembali tular baru-baru ini trend akuarium ikan dijadikan balang mengisi minuman dengan tujuan untuk menarik perhatian pelanggan.
Artikel Berkaitan: Peniaga Bazar Guna Tong Sampah Letak Kuah Ayam Percik, Netizen ‘Kembang Tekak Nak Beli’
Artikel Berkaitan: Kantoi Guna Air Paip Jual Air Balang, Netizen Komen ‘Senang Buat Duit…Modal Sikit, Untung Banyak’
Bukan dalam kategori ‘food grade’
Berikutan ramai warganet yang meluahkan kerisauan, seorang pengguna Facebook (FB) tampil memberikan pendapatnya berhubung penggunaan akuarium tersebut.
Kesalahan dalam gambar adalah menggunakan akuarium kaca dan juga pam akuarium jenis plastik (hanging filter). Kedua-dua bahan ini bukan dalam katagori ‘food grade’ iaitu bahan yang tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan dan minuman.
Menurutnya lagi, ingin tahu sama ada balang itu selamat digunakan atau tidak, orang ramai boleh merujuk kepada simbol segitiga yang tertera.
Nak tahu bahan ‘food grade ‘ tengok simbol segitiga dengan angka 1,2,4,5 atau 3,6,7 bagi katagori bukan ‘food grade’. Balang yang bukan ‘food grade’ tidak boleh digunakan untuk berniaga minuman kerana membahayakan kesihatan.
Pada ‘hanging filter’ ada motor yang berfungsi sebagai penyedut air dan terdapat minyak gris pada motor tersebut.
Dalam pada itu, dia juga menjelaskan bahawa pengendali makanan sepatutnya menyertai kursus terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan.
Ingat, penguatkuasaan selalu dilakukan. Jangan fikir nak ‘hipster’ je hingga mengabaikan aspek keselamatan makanan. Nak berniaga wajib sertai kursus pengendali makanan, kemudian akan diberikan sijil.
Semua peniaga mesti patuh kepada Akta Makanan 1983 dan semua sub seksyen yang ada di dalam akta tersebut. Sebarang pelanggaran akta boleh dikompaun.
Kenyataan Public Health Malaysia
Sementara itu, menerusi ciapan di Twitter Public Health Malaysia juga menegaskan tentang penggunaan akuarium (silicon) yang boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia.
Ada bahan kimia yang bahaya yang boleh menyebabkan kanser. Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah-celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.
Peniaga diingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.
Sumber: FB Mat Yoe, Twitter Public Health Malaysia