Sepanjang bulan Ramadan, ramai rakyat Malaysia mengambil peluang untuk membeli jaudah berbuka puasa di bazar Ramadan yang berhampiran. Maklumlah, masa inilah semua orang boleh membeli, memilih dan merasai pelbagai jenis lauk-pauk, kuih-muih serta minuman yang dijual oleh para peniaga.
Namun begitu, beberapa kes telah dilaporkan di media sosial bahawa para peniaga kurang menepati standard kebersihan dan cara penyediaan makanan yang sepatutnya ketika berniaga. Malah, ada yang didakwa menjual dengan harga yang terlalu mahal!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bazar Oh Bazar! Beli Air Bungkus Kurang Ais Pun Dah Kena Caj RM3…
Artikel berkaitan: Peniaga Bazar Guna Tong Sampah Letak Kuah Ayam Percik, Netizen ‘Kembang Tekak Nak Beli’
Guna air paip?
Di Twitter, seorang peniaga air kantoi menggunakan air paip untuk membancuh air di bazar Ramadan. Kelakuan itu, dirakam oleh orang awam dan viral di media sosial semalam sehingga meraih lebih ribuan jumlah perkongsian di media sosial berkenaan.
Foto tersebut menunjukkan peniaga berkenaan mengisi air paip di tepi jalan dalam satu bekas sebelum dituangkan ke dalam balang air untuk dibuat berniaga.
Meskipun, waktu dan lokasi kejadian tidak didedahkan, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan bengang apabila melihat perbuatan tersebut. Malah, ada yang ‘kembang tekak’ untuk membeli.
Sumber: Twitter