Setiap kali tibanya bulan puasa, sudah pasti antara perkara yang paling dinantikan adalah untuk berkunjung ke bazar Ramadan.
Artikel berkaitan: Bulan Puasa Dah Tiba! Ni 5 Hidangan Wajib Ada Ketika Berbuka, Korang Suka Yang Mana?
Artikel berkaitan: Bazaar Ramadhan Kini Menerima Bayaran Secara Digital Untuk Transaksi Yang Lebih Selamat!
Kuah ayam percik dalam tong sampah
Tidak dinafikan juga, ramai peniaga yang mengambil peluang untuk mencari rezeki dengan membuka gerai dan menjual pelbagai juadah yang menarik.
Pun begitu, lain pula ceritanya kepada seorang peniaga ayam percik yang bertindak meletakkan kuah percik di dalam tong sampah sehingga mendapat pelbagai reaksi wargamaya.
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, peniaga tersebut dilihat mencelupkan ayam ke dalam tong sampah yang berisi kuah percik sebelum membakar ayam tersebut.
Meskipun tong sampah itu diandaikan bersih, namun rata-rata wargamaya berpendapat ia kurang sesuai digunakan memandangkan tong sampah sudah sinonim tempat untuk membuang sampah dan bukan tempat meletak makanan.
Tong sampah ada bahan kimia
Malah, ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyatakan makanan tersebut menjadi tidak selamat disebabkan bahan kimia yang digunakan dalam membuat tong sampah.
Sumber: Instagram