berita

Ada Diskaun 50% & Banyak Lagi Tawaran Ekslusif Lain Dengan Karnival Drive-Thru McDonald’s Ogos Ini!

August 6th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Cakap pasal McDonald’s ni, selalu ada je benda-benda baru yang mereka tawarkan kan? Ha..menjelang Bulan Kebangsaan pada Ogos ini, korang boleh nikmati banyak promosi dan tawaran menarik menerusi aplikasi McD sempena Drive-Thru Carnival tau! 

Bukan tu je, ada lagi banyak benda best yang korang tak sangka boleh dapat. Mesti korang suka!

Hadiah menarik menanti korang pada minggu 1 & 2 melalui Drive-Thru Star Contest ni!

Bermula dari minggu pertama dan kedua Ogos ni, korang boleh sertai peraduan yang McD adakan dan berpeluang untuk mendapat tawaran diskaun 50% dan RM1/satu.

Kalau korang tak tahu macam mana nak join , ikut je steps dekat bawah ni:

Langkah 1: Korang perlu mengimbas kod QR di mana-mana McD Drive-Thru.

Langkah 2: Korang perlu mengundi atau menilai restoran (1 – 10 bintang) berdasarkan 3 kriteria utama iaitu: Perkhidmatan Mesra, Pesanan Tepat dan juga Perkhidmatan Pantas.

Langkah 3: Selepas itu, korang boleh mula bermain “mini game” secara digital untuk memenangi kupon eksklusif di aplikasi McD untuk dibelanjakan untuk pembelian seterusnya.

Dah vote Drive-Thru favourite korang? Ha boleh menang kupon baucar tunai sehingga RM20k!

Ha..ni paling best sebab korang berpeluang untuk menang kupon baucar tunai sehingga RM20k tau melalui contest tadi. Kira-kira dalam 40 orang pemenang bertuah akan diumumkan oleh mereka! Jadi, kalau taknak terlepas, korang vote lah sebanyak mungkin ya, nanti lagi besar lah peluang korang nak menang tu.

Bukan tu je, tawaran harian eksklusif & promosi sempena Hari Kebangsaan pun ada!

Pada minggu ke 3, korang juga boleh nikmati tawaran beli 1 percuma 1, diskaun 50% dan banyak lagi. Lepas tu, korang perlu standby je, sebab minggu ke 4 pula, ada aktiviti menarik yang korang boleh join dan berpeluang untuk tuntut hadiah istimewa! Mesti tak sabar kan?

Ganjaran eksklusif untuk transaksi Visa sepanjang karnival Drive-Thru!

Nak dapat ganjaran eksklusif? Ha..caranya mudah je, korang hanya perlu berbelanja di Drive-thru McD, minimum RM25 dan membuat pembayaran menggunakan kad Visa. Lepas tu, boleh lah tuntut Fries bersaiz sederhana secara percuma dan juga air 100 PLUS ZERO.

Tunggu apa lagi guys? Jom rebut peluang ni!

Dah ready ke nak nikmati promosi dan tawaran menarik tu semua? Kalau macam tu, cepat-cepat kunjungi mana-mana Drive-Thru dan membuat pembelian dari dalam kereta sahaja demi menjaga keselamatan korang sendiri. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan ni ya…

Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh layari laman web INI.

SKIP THIS AD ×