Pada keadaan ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, ramai orang mengambil peluang melakukan kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan. Sebagai contoh, ada yang berniaga secara online dengan menjadi dropship, agent dan sebagainya. Namun, harus diingatkan untuk berniaga secara bijak.
Di instagram, Dato’ Fazley Yaakob meluahkan rasa geram dengan segelintir peniaga online yang suka ambil kesempatan. Bayangkan ada iklan payudara di postingnya mengenai solat dan masjid? Patut ke tak patut? Ini respon Fazley.
Intip anak sulung solat jumaat
Di instagram, Fazley ada memuatnaik video mengintip anak sulungnya, Payish pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Payish tidak perasaan kewujudannya sehinggalah pada saat akhir. Menurut Fazley lagi, sebelum ini arwah bapa sudah mula bawanya solat jumaat sejak umur 4 tahun sehinggalah 37 tahun. Kini, giliran Fazley pula untuk membuat perkara yang sama kepada anak.
Tiba-tiba ada iklan kecantikan payudara
Namun di ruangan komen, tiba-tiba terdapat satu iklan payudara kencang, putih dan padat. Ada saja jela penjual online ini kan? Pantang nampak selebriti muatnaik post, mulalah mereka iklankan barangan.
Respon Fazley
Bukan tak support online entrepreneurs.. tapi kalau IG post saya soal solat dan masjid serta anak2 lelaki saya, nak promo business biarlah bijak dan tak semborono. Kesian sampai saya tak mampu nak marah.
Diharapkan peniaga-peniaga online diluar sana dapat mengambil iktibar. Lihatlah kesesuaian keadaan sebelum nak iklankan sesuatu produk.
Sumber : Dato’ Fazley Yaakob