berita

Ada Jus, Rempah, Kopi & Macam-Macam Lagilah. Jom Sokong Produk-Produk Keluaran Tempatan Ni!

December 10th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Tak lama lagi dah nak 12 Disember. Itu tandanya yang tawaran 12.12 dah nak dekat! Haa..kali ni kami senaraikan antara 10 produk makanan dan minuman keluaran tempatan yang memang best-best! Dengar cerita ada banyak promosi hebat tau.

Sambil-sambil tu, kita sokonglah peniaga-peniaga kecil dan sederhana ni sekali. Jom ketahui antara 10 produk pilihan kami!

1. Basahkan tekak dengan Mayang Kopie Perang, sedap lagi berkhasiat!

Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga - Shuhaida Kabdy

Sedapnya dapat minum kopi kegemaran, tak kisahlah panas atau sejuk. Kopie Perang ni mengandungi beras perang, kopi brazil, serbuk madu, ginseng, krimer bukan tenusu habatussauda dan stevia sebagai pengganti gula. Bancuh dua sachet sekali, memang nikmat!

Shopee: Myonlinebizz
FB: Minuman Beras Perang Mayang HQ

2. Naturepotion, jus alternatif untuk pelbagai penyakit

Jus Naturepotion ni mengandungi halia bentong, madu, jus lemon, cuka epal, bawang putih dan arabic gum (manna) yang membantu sebagai alternatif untuk merawat penyakit jantung koronari dengan menurunkan kadar kolesterol. Produk ini juga adalah makanan tambahan yang selamat untuk dimakan dan menggunakan 100% bahan semula jadi.

Shopee: Naturepotion

3. Kopi Mosha tawar kelainan rasa

Dapatkan segera kopi - White Coffee, Cappuccino, Cafe Latte keluaran Muslim - Kifayahcom

Panas, sejuk, blended, shake atau aiskrim, semuanya korang boleh buat dengan produk-produk minuman Kopi Dagang. Terdapat pelbagai jenis serbuk minuman antaranya minuman coklat malt, kopi, serbuk ice blended dan macam-macam lagi!

Shopee: Kopi Dagang

4. Kurangkan kolestrol dengan Angio Jus

Angio Jus Kolesterol (Pati Jus Tanpa Campuran Air) | Shopee Malaysia

Angio Jus adalah produk “campuran minuman botani” yang diformulasikan dari 100% ekstrak bahan semulajadi iaitu, pati lemon, pati bawang putih, pati halia, cuka epal, madu dan formulasi terkini telah ditambahbaik dengan penambahan arabic gum (manna) dan tanpa campuran air.

Shopee: Angio Jus

5. Panas-panas, jom hilangkan dahaga dengan minuman perisa buah Munira Drinks!

Munira Fruit Drinks - Assorted Flavour | Shopee Malaysia

Bukan setakat packaging nya yang comel, Munira Drinks juga mempunyai pelbagai perisa minuman iaitu epal, mangga, anggur, jambu batu, laici dan juga coconut jelly drink. Mesti sedap bila minum sejuk-sejuk!

Shopee: munira_drinks

6. Rempah BBQ Haqiqat, sedap dan mudah dimasak!

Rempah BBQ / BBQ Spice | Shopee Malaysia

Rempah BBQ Haqiqat adalah rempah asli yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan boleh digunakan untuk perapan ayam,daging dan juga makanan laut. Nak buat rencah nasi goreng dan juga pasta pun takde masalah! Ianya dijamin HALAL tiada flavouring tambahan!

Shopee: official_haqiqat
Facebook: Haqiqat

7. Cair dalam mulut Ryverra Chocolate best giler…

Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd - Chocolate Factory in Kuala Lumpur

Kalau korang sukakan coklat yang kurang manis, lebih koko dan lebih sihat, Ryverra Chocolate lah jawapannya! Ia juga dijamin halal dan semestinya menggunakan coklat yang berkualiti tinggi.

Shopee: Ryverra Chocolate

8. Sos Perap BBQ Mangga, 3 dalam 1 – perap, masak & cicah

Sos Perap BBQ Mangga adalah sos serbaguna yang sesuai digunakan untuk proses perapan daging lembu, kambing atau ayam serta makanan laut bagi tujuan aktiviti barbeku. Ianya juga adalah sos pelbagai guna kerana boleh dijadikan sebagai sos pencicah ataupun sebagai penambah perisa dalam masakan.

Shopee: Sos Perap BBQ Mangga

9. Jom kunyah-kunyah dengan rempeyek The Mavlez!

Sambil-sambil tengok tv tu, apa kata kunyah rempeyek dari The Mavlez. Ia terdapat dalam 3 perisa iaitu Spicy, Cheese dan Salsa yang memang rangup dan sedap. Ia juga adalah produk bumiputera yang didatangkan dalam saiz yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Shopee: The Mavlez Rempeyek Cheese & Spicy

10. Segarkan hari korang dengan minuman Glups!

Glups adalah minuman gaya hidup yang diformulasikan dari bahan semula jadi iaitu pemanis semula jadi, kaya dengan anti-oksidan, Vitamin C & E dan dijamin halal. Terdapat dalam 3 perisa pilihan iaitu rossele, durian belanda dan calamansi, ia juga dapat menguatkan sistem imun, membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan berat badan, membuang toksin serta baik untuk kulit. 

Shopee: Glups

Jadi, jomlah kita semua beli dan sokong produk tempatan supaya dapat membantu peniaga-peniaga tempatan menjana pedapatan, di samping dapat meningkatkan kembali sektor ekonomi negara.

Belilah barangan buatan Malaysia. Jom #BelanjauntukMalaysia #Barangbaikbarangkita!

SKIP THIS AD ×