berita

‘Ada Kecederaan Di Bahagian Kepala, Badan’ – Polis

February 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, arwah kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya sebelum ditemui lemas di dalam sebuah tong air. Beberapa kesan kecederaan turut ditemui di badan anak kecil itu pada waktu kejadian.

Artikel Berkaitan : ‘Pemergian Amir Beri Kesan Kepada Seluruh Ahli Keluarga Saya’ – Ibu Angkat

Artikel Berkaitan : ‘Binatang Punya Mak!’ – Netizen Serang FB Ibu Kandung Arwah Amir

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Kandung Mu Lebih Berhak Ke Atas Mu, Selamat Tinggal Amir’

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, terdapat banyak kesan lebam serta beberapa kecederaan lama dan baru berjaya ditemui di badan arwah Amir. Di samping itu, terdapat juga kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di bahagian belakang kepala arwah. Luka tersebut dipercayai baru berlaku ke atas mangsa.

Masih terlalu awal

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca kematian mangsa sama ada disebabkan didera atau akibat lemas seperti yang didakwa sebelum ini. Tambahnya, menerusi laporan hasil bedah siasat terhadap mangsa, mereka belum dapat memastikan punca sebenar kematian. Ini kerana, terdapat beberapa spesimen yang perlu dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Masih terlalu awal untuk mengesahkan punca kematian, cuma kita boleh sahkan memang terdapat kecederaan terutama sekali di bahagian kepala dan beberapa anggota badan terutama di bahagian belakang mangsa. Kami percaya kecederaan itu akibat dipukul dengan objek tumpul, namun kita masih melakukan siasatan rapi berkaitan perkara itu sama ada kecederaan itu disebabkan mangsa terjatuh atau dipukul oleh mana-mana individu.

Mohd Shukri turut berkata, beberapa spesimen seperti paru-paru, jantung dan hati sudah dihantar ke makmal untuk ujian. Namun, beliay belum pasti bila keputusan tersebut akan diperoleh.

Baru meninggal dunia

Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu bahawa pihak polis berjaya mengeluarkan mangsa daripada tong berisi air semasa tiba di kediaman tersebut.

Ketika polis tiba, mangsa baru sahaja meninggal dunia kira-kira tiga jam sekali gus menepis dakwan segelintir netizen yang mendakwa mangsa sudah meninggal dunia tiga hari.

Tiga adik-beradik mangsa juga akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Siasatan masih lagi berjalan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau lagi, jenazah mangsa akan diserahkan kepada waris yang sah selewat-lewatnya pagi esok untuk urusan pengebumian.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×